Thursday, October 18, 2007

Ke Rumah Anak Yatim/Miskin Budi Mulia Nurul Huda

Hari ini 8 Syawal...saya sempat ke Rumah Anak Anak Yatim/Miskin Budi Mulia Nurul Huda...untuk melihat sendiri keadaan Rumah Anak Yatim/Miskin Nurul Huda dan berjumpa Mak Da , Pak Din dan Tok...Alhamdulillah...


Dari jalan besar...menuju ke simpang masuk ke Rumah Anak Yatim/Miskin Budi Mulia Nurul Huda.


Simpang masuk ke Rumah Anak Anak Yatim.


Rumah Anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda dari pandangan hadapan.

...ramai pelawat ketika itu...sedang berbincang sesuatu untuk anak anak yatim di sini.

Berbagai bagai cerita Mak Da mengenai anak anak yatim yang seramai 45 orang itu...yang sudah dianggap seperti anak anak sendiri...10 orang kanak kanak perempuan dan selebihnya lelaki.Mereka dibenarkan pulang ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama keluarga ataupun waris mereka...dihantar sendiri oleh Mak Da dan Pak Din...ke destinasi masing masing...sehingga ke Kedah.

Menurut Mak Da dan Pak Din...semasa di bulan Ramadhan yang baru lalu...Rumah Anak Anak Yatim/Miskin ini mendapat banyak jemputan berbuka puasa...Alhamdulillah...inilah rezeki Allah kepada mereka.

Mak Da menunjukkan computer terpakai yang disumbangkan.


Van yang telah didermakan oleh KUB


Sumbangan juga diterima dari CIMB Tanjong Rambutan.

Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan jutaan/ribuan terima kasih bagi pihak Mak Da, Pak Din, Tok serta warga Rumah Anak anak Yatim ini diatas sumbangan yang telah dihulurkan...dari pelbagai agensi, orang perseorangan serta pelajar pelajar dari pusat pengajian tinggi dari seluruh Malaysia serta Brunei...mereka amat berbesar hati menerima sumbangan/derma yang telah diberikan...begitu juga...terima kasih atas kunjungan pelawat pelawat yang hadir...

Ada beberapa orang perseorangan yang menghulurkan sumbangan yang tidak dinyatakan disini atas alasan tersendiri...namun walau apapun jua alasannya...saya hanya mampu mengucapkan terima kasih...hanya Allah yang dapat membalas jasa anda yang budiman.

No comments: