Thursday, December 20, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA



Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca budiman yang pernah hadir disini...

Terima Kasih di atas sumbangan serta sokongan yang telah diberikan...Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik anda...

Kiriman salam kepada warga Budi Mulia Nurul Huda...

Assalamualaikum salam aidil adha buat anak2 di rumah NUrul budi..salam sayang dari ibu untuk kamu semua anak2..mga kamu semua berbahagia biarpun tanpa insan tersayang di sisi kamu..s.esungguhnya masih ada yg sayang kepadamu........

salam aidil adha buat semua

salam Aidil Adha, semoga berbahagia dihari raya nanti.

Tuesday, November 20, 2007

Panti Asuhan-Hetty Koes Endang


Panti Asuhan - Hetty Koes Endang

Bukanlah maksud hati ku hadir di situ
Tertulis panti asuhan depan rumahmu
Banyak saudaraku ada di situ
Semuanya berwajah sayu dan sendu
Mereka rindu kasihmu ayah dan ibu

Segelintirnya lahir di dunia
Ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa
Mengapa harus menanggung derita jiwa
Kasihani kami semua

Ku ketuk hatimu tuan para budiman
Kami pun ingin bahagia
Beri kesempatan
Untuk menikmati kasih dan sayang
Rahmat Tuhan kepada umat manusia
Matahari 'kan tersenyum untuk dunia

Monday, October 29, 2007

Lagi...gambar mereka...



...tersenyum ketika di ajak bergambar...inilah rumah mereka...kawan kawan adalah adik beradik...Mak Da sebagai mak dan Pak Din sebagai bapa...tempat mereka mengadu nasib dan menumpang kasih



6 dari kanak kanak yang kami ambil gambarnya ketika Aidil Fitri yang lalu...amat baik budi pekertinya...


...baru balik kampung...cuti raya...



Inilah Mak Da yang sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan anak anak di sini...tanpa mengenal penat lelah...agar anak anak ini tidak terabai...


Baju biru adalah Pak Din...berkopiah adalah Tok.

Ini adalah Pak Din dan Tok...yang sentiasa sibuk dengan urusan anak anak disini...Tok mengajar anak anak disini mengaji dan mendalami ilmu agama...Pak Din Juga sibuk dengan urusan menghantar dan menguruskan anak anak disini kesekolah...

Sunday, October 28, 2007

Salam Dari Syifarosli...

27th Oct 8:04 am

... kirim salam peluk cium untuk anak-anak yatim nurul huda ya.

Saya ingin menyampaikan salam dari Syifarosli kepada semua anak anak ''Budi Mulia Nurul Huda''...yang disampaikan melalui Mybloglog...

Friday, October 26, 2007

Kanak kanak/remaja perempuan

Kanak kanak/remaja perempuan di Rumah Anak yatim/Miskin Budi Mulia Nurul Huda ditempatkan di sebuah rumah lain yang disewakan di selang sebuah rumah anak anak yatim ini.Kanak kanak/remaja perempuan ini terdiri dari 10 orang.


4 dari penghuni rumah anak yatim bersama Mak Da.

l
Rumah yang disewa bagi menempatkan kanak kanak/remaja perempuan.

Thursday, October 18, 2007

Ke Rumah Anak Yatim/Miskin Budi Mulia Nurul Huda

Hari ini 8 Syawal...saya sempat ke Rumah Anak Anak Yatim/Miskin Budi Mulia Nurul Huda...untuk melihat sendiri keadaan Rumah Anak Yatim/Miskin Nurul Huda dan berjumpa Mak Da , Pak Din dan Tok...Alhamdulillah...


Dari jalan besar...menuju ke simpang masuk ke Rumah Anak Yatim/Miskin Budi Mulia Nurul Huda.


Simpang masuk ke Rumah Anak Anak Yatim.


Rumah Anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda dari pandangan hadapan.

...ramai pelawat ketika itu...sedang berbincang sesuatu untuk anak anak yatim di sini.

Berbagai bagai cerita Mak Da mengenai anak anak yatim yang seramai 45 orang itu...yang sudah dianggap seperti anak anak sendiri...10 orang kanak kanak perempuan dan selebihnya lelaki.Mereka dibenarkan pulang ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama keluarga ataupun waris mereka...dihantar sendiri oleh Mak Da dan Pak Din...ke destinasi masing masing...sehingga ke Kedah.

Menurut Mak Da dan Pak Din...semasa di bulan Ramadhan yang baru lalu...Rumah Anak Anak Yatim/Miskin ini mendapat banyak jemputan berbuka puasa...Alhamdulillah...inilah rezeki Allah kepada mereka.

Mak Da menunjukkan computer terpakai yang disumbangkan.


Van yang telah didermakan oleh KUB


Sumbangan juga diterima dari CIMB Tanjong Rambutan.

Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan jutaan/ribuan terima kasih bagi pihak Mak Da, Pak Din, Tok serta warga Rumah Anak anak Yatim ini diatas sumbangan yang telah dihulurkan...dari pelbagai agensi, orang perseorangan serta pelajar pelajar dari pusat pengajian tinggi dari seluruh Malaysia serta Brunei...mereka amat berbesar hati menerima sumbangan/derma yang telah diberikan...begitu juga...terima kasih atas kunjungan pelawat pelawat yang hadir...

Ada beberapa orang perseorangan yang menghulurkan sumbangan yang tidak dinyatakan disini atas alasan tersendiri...namun walau apapun jua alasannya...saya hanya mampu mengucapkan terima kasih...hanya Allah yang dapat membalas jasa anda yang budiman.

Monday, October 1, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.


Dikesempatan ini...saya...bagi pihak Rumah Anak Anak Yatim/Miskin Budi Mulia Nurulhuda...mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada yang pernah hadir di sini...terima kasih kerana sudi kemari.

...terima kasih juga kepada yang telah pun menghulurkan bantuan.

Wednesday, September 26, 2007

Pengemis Buta



Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya
selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis
buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut,
setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu,
Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah
seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar
RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA
saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Tiada tandingnya kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Tidak mampu rasanya kita meneladani beliau,alangkah baiknya kita berusaha
meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup
melakukannya.

Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan
hasanah.
2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda
dapat hasanah.
4. Bantu pendidikan seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat
hasanah.
6. Bagi CD Quran atau Do'a.
7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.
8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung
dibawahnya, Anda dapat hasanah.
Fikir fikirkan lah...saya terima artikal ini dari seorang kawan dan saya ingin berkongsi dengan pembaca budiman...

Sunday, September 16, 2007

Donation required.


Children, orphaned or homeless,or from the poor family, all need long-term immediate care. They need your help improving their education, living conditions, and general well-being. Your donations give them the opportunity to experience their formative years in a safe and loving environment.

I've created this page in order to get some attention from all the kind readers to help this orphanage home to get some fun.They need some amount of money monthly for food,education,water and electricity...and furthermore...they're aspecting for fun to continue to renovate the home as it is too crowded.

The canteen area will be flooded during heavy rain as well and need some renovation.

I would very grateful if readers could help this orphanage home and donation can be given to the Principal as written at the right site...

Saturday, September 15, 2007

BANTUAN DIPERLUKAN...


Saya bina halaman ini bertujuan untuk membantu Rumah Bakti ini untuk mendapatkan bantuan dan menambah dana untuk keperluan anak anak di rumah ini...

Saya sertakan sedikit latarbelakang Rumah Anak anak Yatim/Miskin Budi Mulia Nurul Huda ini...Sudi apalah kiranya saudara dan saudari pembaca...kiranya dapat menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka yang amat memerlukan...


BILANGAN PENGHUNI : 44 ORANG TERDIRI DARI PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN
SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH.

1.~UNTUK MENAMBAH DANA UNTUK MENGENDALIAN DAN KEPERLUAN RUMAH INI.

2.~UNTUK MENAMPUNG PERBELANJAAN MENGURUS TERMASUK MAKAN PAKAI,AIR ,LETRIK YANG DIANGGARKAN MEMERLUKAN ANTARA RM 10,000-RM 11,000 SEBULAN.

3.~MENCARI JUGA SESIAPA YANG IKLAS INGIN MENYUMBANG KENDERAAN TERPAKAI UNTUK TUJUAN MENGHANTAR PERGI DAN BALIK PELAJAR KE SEKOLAH YANG MANA SEKARANG PIHAK PENGURUSAN MENGGUNAKAN KENDERAAN SENDIRI.

4.~MENAMBAH PERUNTUKAN PENAMBAHAN BANGUNAN YANG SEDANG DILAKUKAN..PERUNTUKAN DI PERLUKAN ANTARA RM 16000-RM 20000.
~TERMASUKLAH TANDAS ASRAMA LELAKI,BILIK AIR,KANTIN(DEWAN) TEMPAT MAKAN YANGMANA SEKARANG INI DI BUAT MENGGUNAKAN KAYU TERPAKAI.
~DEWAN TERSEBUT JUGA SEKIRANYA HUJAN , AIR AKAN BERTAKUNG DAN BANJIR MENYEBABKAN DEWAN TERSEBUT TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

5.~KEPERLUAN ALAT TULIS JUGA TIDAK MENCUKUPI UNTUK ANAK ANAK DISINI...

6.~BILANGAN KATIL DAN TILAM JUGA TIDAK MENCUKUPI UNTUK PENGHUNI PEREMPUAN.

sILA HUBUNGI PIHAK PENGURUSAN UNTUK PENGESAHAN BERKENAAN BANK-IN KIRANYA ANDA INGIN MENGHULURKAN BANTUAN.

NOMBOR TEL:PENTADBIR (SHAHARUDDIN) : 006016-5682465
SETIAUSAHA M.RAMLAN MATLAB 006013-4625955

FAX&TEL : 05-2011391

Gambar Kenangan...Israk dan Mikraj



Gambar diambil ketika sambutan Israk dan Mikraj diadakan...

Penghuni Rumah Budi Mulia Nurul Huda



Penghuni di sini terdiri dari pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah...mereka perlukan tempat berteduh dan bimbingan serta ilmu untuk menjamin masa depan mereka...

Rumah Anak anak Yatim/Miskin Budi Mulia Nurul Huda



Gambar rumah ini sebelum pengubahsuaian dilakukan...peruntukan wang amat dperlukan untuk penambahan bangunan untuk menampung bilangan penghuni rumah Budi Mulia Nurul Huda ini...sumbangan anda amat amat diperlukan...e mail kepada...budimulia_nurulhuda@yahoo.com

Pengubahsuaian...



Kerja kerja pegubahsuaian sedang dilakukan bagi menampung bilangan anak anak di rumah Nurul Budi ini...

Sumbangan Anda ...amat bermakna...



Sumbangan anda amat berharga...kanak kanak ini amat gembira ketika mendapat sumbanagan...

Bilangan Katil Dan Tilam




Bilangan tilam dan katil tidak mencukupi untuk menampung bilangan anak anak dirumah ini...bilik juga terlalu sempit...

Sunday, September 9, 2007

Tukar Templete


Saya masih menunggu profile dari Rumah Anak anak Yatim ini untuk saya edit dan kemaskinikan blog ini...kebetulan hari ini saya bangun terlalu awal dan sementara menunggu mahatari terbit saya mencari cari templete yang sesuai untuk halaman ini...

Akhirnya berjaya juga saya tukarkan templete ini dari templete yang lama...Alhamdulillah...tiada cara lain untuk saya membantu...moga dengan usaha yang kecil ini dapat saya membantu memaparkan kewujudan rumah anak yatim ini dengan harapan dapat menarik sedikit perhatian pembaca...dan dapat juga kiranya membantu menghulurkan bantuan...

Saya amat amat berharap usaha saya ini berjaya membantu pihak rumah anak anak yatim ini...saya akan mendapatkan matlumat pihak rumah anak anak yatim ini dan akan memaparkannya di sini nanti.

...di sini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Ramadhan Mubarak kepada kaum muslimin dan muslimat yang pernah hadir di sini...Moga ibadah kita diterima oleh Allah...


Thursday, September 6, 2007

Masih Ada Yang Sayang

Halaman ini saya bina khusus untuk sebuah anak Yatim yang bertempat di Chemor Perak...Rumah anak Yatim ini mempunyai seramai 40 orang penghuni berumur dari 8-17 tahun.Saya sendiri tidak pernah melawat rumah anak anak yatim ini kerana saya tiada kesempatan buat masa ini tetapi Insyaallah ketika bercuti nanti...saya akan kesana...Insyaallah mungkin pada akhir Ramadhan ini...

Saya juga baru beberapa hari ini tahu akan kewujudan rumah anak anak yatim ini melalui hubby...dan ingin sekali memaparkan kisah suka duka mereka di sini dan di samping itu dapat membantu mengumpul dana untuk rumah ini kiranya ada dikalangan rakan rakan yang sudi menghulurkan derma untuk membantu menaikkan taraf kehidupan anak anak ini...Mereka amat memrlukan bantuan kewangan terutamanya untuk perbelanjaan harian.