Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca budiman yang pernah hadir disini...
Terima Kasih di atas sumbangan serta sokongan yang telah diberikan...Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik anda...
Kiriman salam kepada warga Budi Mulia Nurul Huda...
Thursday, December 20, 2007
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Posted by Masih Ada Yang Sayang at Thursday, December 20, 2007 4 comments
Tuesday, November 20, 2007
Panti Asuhan-Hetty Koes Endang
Panti Asuhan - Hetty Koes Endang
Bukanlah maksud hati ku hadir di situ
Tertulis panti asuhan depan rumahmu
Banyak saudaraku ada di situ
Semuanya berwajah sayu dan sendu
Mereka rindu kasihmu ayah dan ibu
Segelintirnya lahir di dunia
Ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa
Mengapa harus menanggung derita jiwa
Kasihani kami semua
Ku ketuk hatimu tuan para budiman
Kami pun ingin bahagia
Beri kesempatan
Untuk menikmati kasih dan sayang
Rahmat Tuhan kepada umat manusia
Matahari 'kan tersenyum untuk dunia
Posted by Masih Ada Yang Sayang at Tuesday, November 20, 2007 3 comments
Monday, October 29, 2007
Lagi...gambar mereka...
...tersenyum ketika di ajak bergambar...inilah rumah mereka...kawan kawan adalah adik beradik...Mak Da sebagai mak dan Pak Din sebagai bapa...tempat mereka mengadu nasib dan menumpang kasih
6 dari kanak kanak yang kami ambil gambarnya ketika Aidil Fitri yang lalu...amat baik budi pekertinya...
...baru balik kampung...cuti raya...
Inilah Mak Da yang sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan anak anak di sini...tanpa mengenal penat lelah...agar anak anak ini tidak terabai...
Baju biru adalah Pak Din...berkopiah adalah Tok.
Ini adalah Pak Din dan Tok...yang sentiasa sibuk dengan urusan anak anak disini...Tok mengajar anak anak disini mengaji dan mendalami ilmu agama...Pak Din Juga sibuk dengan urusan menghantar dan menguruskan anak anak disini kesekolah...
Posted by Masih Ada Yang Sayang at Monday, October 29, 2007 4 comments
Sunday, October 28, 2007
Salam Dari Syifarosli...
... kirim salam peluk cium untuk anak-anak yatim nurul huda ya.
Saya ingin menyampaikan salam dari Syifarosli kepada semua anak anak ''Budi Mulia Nurul Huda''...yang disampaikan melalui Mybloglog...
Posted by Masih Ada Yang Sayang at Sunday, October 28, 2007 1 comments
Friday, October 26, 2007
Kanak kanak/remaja perempuan
4 dari penghuni rumah anak yatim bersama Mak Da.
l
Rumah yang disewa bagi menempatkan kanak kanak/remaja perempuan.
Posted by Masih Ada Yang Sayang at Friday, October 26, 2007 0 comments
Thursday, October 18, 2007
Ke Rumah Anak Yatim/Miskin Budi Mulia Nurul Huda
Hari ini 8 Syawal...saya sempat ke Rumah Anak Anak Yatim/Miskin Budi Mulia Nurul Huda...untuk melihat sendiri keadaan Rumah Anak Yatim/Miskin Nurul Huda dan berjumpa Mak Da , Pak Din dan Tok...Alhamdulillah...
Dari jalan besar...menuju ke simpang masuk ke Rumah Anak Yatim/Miskin Budi Mulia Nurul Huda.
Simpang masuk ke Rumah Anak Anak Yatim.
Rumah Anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda dari pandangan hadapan.
...ramai pelawat ketika itu...sedang berbincang sesuatu untuk anak anak yatim di sini.
Berbagai bagai cerita Mak Da mengenai anak anak yatim yang seramai 45 orang itu...yang sudah dianggap seperti anak anak sendiri...10 orang kanak kanak perempuan dan selebihnya lelaki.Mereka dibenarkan pulang ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama keluarga ataupun waris mereka...dihantar sendiri oleh Mak Da dan Pak Din...ke destinasi masing masing...sehingga ke Kedah.
Menurut Mak Da dan Pak Din...semasa di bulan Ramadhan yang baru lalu...Rumah Anak Anak Yatim/Miskin ini mendapat banyak jemputan berbuka puasa...Alhamdulillah...inilah rezeki Allah kepada mereka.
Mak Da menunjukkan computer terpakai yang disumbangkan.
Van yang telah didermakan oleh KUB
Sumbangan juga diterima dari CIMB Tanjong Rambutan.
Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan jutaan/ribuan terima kasih bagi pihak Mak Da, Pak Din, Tok serta warga Rumah Anak anak Yatim ini diatas sumbangan yang telah dihulurkan...dari pelbagai agensi, orang perseorangan serta pelajar pelajar dari pusat pengajian tinggi dari seluruh Malaysia serta Brunei...mereka amat berbesar hati menerima sumbangan/derma yang telah diberikan...begitu juga...terima kasih atas kunjungan pelawat pelawat yang hadir...
Ada beberapa orang perseorangan yang menghulurkan sumbangan yang tidak dinyatakan disini atas alasan tersendiri...namun walau apapun jua alasannya...saya hanya mampu mengucapkan terima kasih...hanya Allah yang dapat membalas jasa anda yang budiman.
Posted by Masih Ada Yang Sayang at Thursday, October 18, 2007 0 comments
Monday, October 1, 2007
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Dikesempatan ini...saya...bagi pihak Rumah Anak Anak Yatim/Miskin Budi Mulia Nurulhuda...mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada yang pernah hadir di sini...terima kasih kerana sudi kemari.
...terima kasih juga kepada yang telah pun menghulurkan bantuan.
Posted by Masih Ada Yang Sayang at Monday, October 01, 2007 5 comments